//Najwa Umairah
D'Owner;
my short bio


I Najwa . 16 years old . Stay at Malacca City .
*PUT YOUR OWN*


Walkie Talkie;
chat box


*PUT YOUR CBOX*

Ask.fm;
Ask Me??


*PUT YOUR ASK.FM WIDGET*

Credit;
thanks to;

Full And Full Edited by : Jesslyn Template by : Yuuki
Basecodes : Yuuki
Image by : Tumblr & Google
Edited by : YOUR NAME
Monday, 3 November 2014 | 19:11 | 0Frozen



Mengekalkan hubungan cinta agar terus berpanjangan dan harmoni bukannya mudah.Bagaimana susahnya membina cinta,begitu jugalah untuk mempertahankannya.

Mungkin sewaktu usia percintaan masih diperingkat awal tidak banyak dugaan yang datang.Namun apabila percintaan menjangkau ke usia 2 hingga 3 tahun,tentunya pelbagai perkara,pelbagai hal dan masalah yang datang.
Kadang-kadang masalah yang ada amat menguji perasaan cinta dan kesetiaan..
Tetapi,bukankah sayang jika hubungan yang lama terjalin disia-siakan..

Kali ini penulis akan memberikan beberapa tips bagaimana caranya untuk mengekalkan hubungan cinta agar terus harmoni,berjalan lancar dan memberikan kebahagiaan.

Beberapa perkara atau lebih tepat lagi sikap yang harus diamalkan dalam percintaan adalah:

■ Beri komitmen kepada hubungan anda dan kekasih.Komitmen yang sepenuhnya amat penting dalam sesebuah hubungan cinta kerana ia merupakan asas kepada tapak cinta yang dibina.Oleh kerana kita manusia lumrahnya memang sentiasa mudah tertarik kepada sesuatu yang baru atau berlainan,maka komitmen anda kepada hubungan dengan kekasih amat perlu.Tanpa komitmen,perasaan hati tentu akan mudah berubah atau tergoda dengan yang lain yang dirasakan lebih baik..

■ Percaya lah pada kekasih anda.Anda tak seharusnya memiliki sifat ragu-ragu dan tidak mempercayai si dia.Bukankah si dia telah memilih anda sebagai pasangannya.Jadi perlu anda letakkan rasa percaya bahawa si dia memang menyayangi dan menyintai anda.

■ Bertolak ansur dan memahami.Anda sepatutnya mengenali dan memahami sikap kekasih anda,misalnya segala kesukaan atau kebenciannya.Dengan demikian,anda tentu lebih mudah untuk bertolak ansur jika si dia ada melakukan sesuatu yang mungkin tidak sesuai dengan kehendak anda.Sikap mementingkan diri sendiri tidak patut ada andai inginkan si dia terus bersama dengan anda.

■ Kiranya kekasih anda ada membuat kesilapan atau kesalahan yang menyebabkan anda rasa terguris dan kecewa,seelok-eloknya anda bawa berbincang dengannya dan cuba memaafkan kesalahan yang dilakukan..Mungkin si dia bukannya sengaja nak membuat anda terguris..

■ Anda dan kekasih anda seharusnya mengambil berat antara satu sama lain.Berkongsi apa saja samada susah,senang atau sedih mahupun gembira.Andai salah seorang ada masalah,cubalah berkongsi dan berusaha menyelesaikan masalah tersebut.Jangan dipendam segala masalah seorang diri.Ikhtiar dua orang tentunya lebih baik dari ikhtiar bersendirian.

■ Hormati kekasih anda dan terima dia seperti adanya.Misalnya jika anda suka melihat wanita yang bergaya ala-ala japanese/korean.Anda pun mahukan si dia bergaya seperti itu sedangkan si dia lebih selesa dengan gaya kemelayuan.Anda sepatutnya menghormati apa yang diminatinya bukannya meminta si dia mengikut kemahuan anda.Lagi pun,cintanya pasti bukan diukur dari gaya dan penampilannya kan..

■ Tunjukkan kasih sayang anda pada kekasih.Sekurang-kurangnya berilah dia ucapan cinta sekali sekala.Ini tidak..kata sayang,tapi nak dengar perkataan sayang dari mulut anda pun susah.Tunjukkan pada si dia yang anda memang menyintai dan menghargainya sebagai kekasih.

Demikianlah serba sedikit tips yang dapat penulis berikan semoga sedikit sebanyak ada manfaatnya.
Apa-apa pun yang paling penting sebenarnya adalah impian dan harapan anda dan kekasih anda sendiri,apa yang dimahukan dari hubungan cinta anda berdua.Adakah kebahagian yang berterusan atau apa..
Bila anda berdua tahu matlamat bersama,pastinya anda berdua tetap berusaha untuk kekal bersama dan mencapai apa yang dimahukan.

THANK FOR VISIT ;)




{'skin':'skins/simpleGreen/skin.css','volume':50,'autoplay':false,'shuffle':false,'repeat':1,'placement':'top','showplaylist':false,'playlist':[{'title':'let it go','url':'http://www.youtube.com/watch?v=kHue-HaXXzg'}]}" >